Anak syarikat Chess.com

ChessKid.com

Chess.com juga mengendalikan laman web anak syarikat chesskid.com untuk pemain catur dari semua peringkat umur. ChessKid memfokuskan pada persekitaran yang mesra kanak-kanak, bertujuan untuk membimbing meningkatkan penilaian catur, dari pemula hingga pemain kelab. Laman web ini juga mempunyai program penjagaan di mana ibu bapa dan jurulatih berkuasa boleh memerhati kemajuan kanak-kanak dari semasa ke semasa, untuk melihat statistik tentang kemajuan mereka dalam taktik atau berapa banyak video yang mereka tonton supaya penjaga mereka boleh memberi galakan dan petua tentang cara untuk menambah baik.[36] ChessKid tidak ada pengiklanan.

ChessKid.com telah menjalankan kejohanan dalam talian tahunan yang dipanggil CONIC (ChessKid Online National Invitational Championship), sejak 2012 yang diiktiraf oleh Persekutuan Catur Amerika Syarikat.[37][38] Menurut David Petty, penganjur acara tersebut pada 2013,

The online component [of CONIC] makes it unique because, normally, national championships require the players to fly in and stay in the same place. We had to ask special permission for the tournament because it is a rated tournament and there is a much higher chance for cheating.

Terjemahan:

Aspek atas talian CONIC menjadikannya unik kerana, kebiasaannya, kejohanan kebangsaan memerlukan pemain mengambil penerbangan dan kekal di tempat yang sama. Kami perlu meminta kebenaran khas untuk kejohanan ini kerana kejohanan ini merupakan kejohanan yang dinilai dan terdapat peluang yang lebih tinggi untuk menipu.

ChessKid telah menandakan perjanjian dan membuat perkongsian dengan persatuan-persatuan catur untuk menyediakan kelebihan pendidikan catur kepada kanak-kanak di sekolah. Pada tahun 2014, sebagai tempoh percubaan, semua pendaftaran ke ICA (Illinois Chess Association) disertakan langganan ahli emas percuma untuk ChessKid.[36] Chess.com juga mempunyai perkongsian jangka panjang dengan NTCA (North Texas Chess Academy) yang memberikan kanak-kanak peluang untuk belajar dengan pengajar dalam talian. [39]

Play Magnus Group

Pada Ogos 2022, Play Magnus Group menerima tawaran untuk dibeli oleh Chess.com dengan harga 800 juta kr (AS$80 juta). Play Magnus Group memiliki jenama dan perniagaan termasuk pelayan catur chess24, aplikasi mudah alih Play Magnus, Champions Chess Tour dan laman web penambahbaikan tahap catur Chessable. Pada 16 Disember 2022, pengambilalihan telah dilaksanakan secara rasmi.[40][41] Menurut Dot Esports, Play Magnus Group tidak dapat membuat "keuntungan yang lestari" pada apa-apa selain Chessable, dan gabungan itu meninggalkan "tiada pesaing catur lain" kecuali Lichess, yang bebas dan sumber terbuka. [42]